12 October 2012

Kisah CinTa Zulaikha Dan Nabi Yusuf as...<3


Assalamu'alaikum,


Bismillahirrahmaanirrahiim.

Ketika membaca kisah cinta Zulaikha dgn Nabi yusuf ini teringat tentang tahap kecintaan
 yang ketujuh(shaghaf) seperti yg saya tuliskan di SINI, Cinta yang meresap ke 
dalam lubuk hati Zulaikha ini menyebabkan dia sangup dicaci. Alangkah tinginya nilai c
inta jika tahap kecintaan manusia kpd Allah seperti ini.



Firman Allah swt:

وَقَالَ نِسۡوَةٌ۬ فِى ٱلۡمَدِينَةِ ٱمۡرَأَتُ ٱلۡعَزِيزِ تُرَٲوِدُ فَتَٮٰهَا عَن نَّفۡسِهِۦ‌ۖ قَدۡ شَغَفَهَا حُبًّا‌ۖ إِنَّا لَنَرَٮٰهَا فِى ضَلَـٰلٍ۬ مُّبِينٍ۬ (٣٠

Maksudnya:Dan (sesudah itu) perempuan-perempuan 
di bandar Mesir (mencaci hal Zulaikha dengan) berkata:
 Isteri Al-Aziz itu memujuk hambanya (Yusuf) 
berkehendakkan dirinya, sesungguhnya cintanya (kepada Yusuf) 
itu sudahlah meresap ke dalam lipatan hatinya; 
sesungguhnya kami memandangnya berada dalam 
kesesatan yang nyata." (Surah Yusuf (12:30)
 
Malam itu terasa sangat panas oleh Ra'il, wanita cantik

 yang biasa dipanggil Zulaikha. Dia sentiasa menghias 
cantik rupa paras, menghiias diri dan sentiasa memakai bau2an. Kemudian dia berdiri, pagi dan 
petang di beranda istananya di atas Sungai Nil, dalam
kegelisahan yang tidak jelas puncanya. Angin sepoi2 bahasa bertiup tenang dan halus 
seakan2 enggan mengusik ranting2 pepohon bunga yang mengelilingi beranda istana itu. 
Zulaikha memandang ke arah sungai dan airnya yang tenang dan sesekali wajahnya menoleh 
ke atas melihat bintang2 yg bertaburan di langit mengelilingi bulan dan sebahagian sinarnya 
terlindung oleh awan.

Sesaat kemudian, seorang pelayan menghampirinya dengan segelas jus buah untuknya 

tetapi dia menolak malah memerintahkan pelayannya supaya kembali. Nafasnya semakin 
menyesakkan, seolah2 hampir mencekik lehernya. Dia sendiri tidak tahu apa yang 
digelisahkannya. Kecantikan? Bukan! Dia adalah wanita tercantik di seluruh Mesir. Anak? 
Mungkin itu benar, kerana sampai saat ini dia masih belum dikurniakan seorang anak.

Sebenarnya Zulaikha boleh sahaja mengambil anak angkat yang disukainya, kerana dia orang 

terkaya di negeri itu. Tetapi naluri keibuannya menentang niatnya. Dia ingin mengandung dan 
melahirkan puteranya sendiri sebagaimana wanita2 lain, namun takdir menghendaki sesuatu
 yang lain krn suaminya tidak mampu mengubah impiannya menjadi kenyataan.

Fikirannya berkecamuk. zulaikha terlena dlm lamunannya sehingga suara halus suaminya tiba2 

mengejutkannya: "Ra'il isteriku yang cantik, bergembiralah!" Suaminya berkata sambil 
menunjukkan sesuatu kepadanya.

Zlaikha menoleh ke arah suaminya, dan betapa terkejutnya dia ketika melihat suaminya datang 

bersama seorang anak kecil. "Siapa namamu?" Tanya Zulaikha.

Dengan suara yang hampir tidak kedengaran anak itu menjawab, "Yusuf".

Al-Aziz suami Zulaikha kemudian mengikutnya dari belakang seraya berkata, "Aku membelinya 

daripada rombongan yang menemuinya di sebuah telaga di padang pasir. Berikan kepadanya
 tempat dan layanan yang baik, boleh jadi dia kan bermanfaat kepada kita, atupun kita angap
 dia sebagai anak kita.

Zulaikha tidak mengetahui takdir apa yang akan berlaku antara dia dan anak itu pada hari2 

akan datang. Yang jelas Zulaikha amat menyenangi kedatangannya, hilang sgl kesedihan 
yg ditanggung selama ini. Hari2 berlalu pergi. Yusuf semakin membesar dan dewasa. 
Wajahnya semakin tampan. Zulaikha tidak mengerti apa perasaan yang meresap di hatinya 
setiap kali dia memandang wajah Yusuf. Kesedihan yg dihadapinya hilang apabila setiap kali
 memandang wajahnya.

Setiap malam tiba dan Yusuf ke kamar tidur, Zulaikha merasa ada sesuatu yg mengusik 

lubuk kalbunya, sehingga kadang kala dia bangun meninggalkan suaminya yang sedang tidur 
dan pergi ke pintu kamar Yusuf. Dia berdiri di pintu kamar beberapa ketika. Dalam hatinya
 timbul keraguan, apakah sebaiknya dia menghampiri Yusuf seperti yang diinginkannya, 
ataupun kembali kepada suaminya. fikiran ini sering mengganggu hatinya semalaman sehingga 
sampai matahari pagi terlihat masuk daripada celah2 jendela kamarnya. Apabila begitu barulah
dia kembali ke kamar suaminya.

Setiap kali pandangan matanya bertemu dengan pandangan Yusuf, dia merasakan keinginan 

yang kuat untuk selalu berada di samping Yusuf dan tidak ingin berpisah dengannya buat 
selama2nya. Namun hati kecilnya berkata Yusuf tidak memendam perasaan yang sama 
sepertinya. Pertanyaan yang selalu mengusik kalbunya adalah adakah Yusuf memendam 
perasaan seperti yang dipendamnya? Meskipun hati kecilnya berkata bahawa Yusuf tidak 
menampakkan sikap seperti itu, dia tidak mahu mendengar jawapan itu.

Pada suatu petang, Zulaikha sudah tidak berdaya lagi memendam perasaan cintanya kpd

 Yusuf. Dia kemudian berdiri di cermin, mengagumi kecantikan rupa parasnya sambil
 berkata kepada dirinya sendiri : "Adakah di seluruh Mesir ini, wanita yang kecantikannya 
melebihi kecantikanku? sehingga Yusuf menghindari aku? Tidak boleh tidak, wahai
 Yusuf! hari ini aku akan menemuimua dgn sgl macam pujukan dan rayuan sehingga engkau 
tunduk kepadaku".

Kemudian dia membuka almari dan matanya mengamati ke arah pakaian yang ada di dalamnya. 

Dia memilih salah satu gaunnya yang paling indah, berwarna merah dengan model yang boleh 
membangkitkan ghairah lelaki apabila memandangnya. Apabila gaun itu dikenakan di tubuhnya,
 sebahagian aurat yang seharusnya disembunyikan kelihatan. Itulah yang dikehendakinya.
 Kemudian dia memakai minyak wangi-wangian di sekujur tubuhnya yang menyebabkan 
seseorang lelaki akan ghairah apabila tercium baunya. Kemudian dia menyikat rambutnya 
dan dibentuk seindah-indah pada malam yang sunyi itu.

Selepas menyempurnakan dandanannya, Zulaikah mengamati keadaan sekelilingnya, 

sehingga dia benar-benar yakin tidak ada seorang pun pelayannya yang masih menunggunya 
di situ; semuanya sudah tidur di kamar masing-masing. Dia juga tahu suaminya sedang 
memenuhi undangan seorang hakim MEsir dan sibuk dengan urusan-urusannya, 
sehingga tidak mungkin dia akan kembali kepadanya sebelum fajar tiba.

Selesai segala-galanya, dia pergi ke kamar Yusuf. Dilihatnya pintu kamar itu tertutup dan l

ampunya sudah dipadamkan. Dengan perlahan dia mengetuk; satu kali, dua kali..
dan tiga kali. Tidak lama kemudian Yusuf bangun dan menyalakan lampu, lalu membukakan
 pintu kamarnya. Alangkah terkejutnya Yusuf apabila melihat Zulaikha, isteri al-Aziz 
sudah berada di hadapannya. Tetapi baginda tidak berkata apa-apa kecuali diam menduduk.

Tiba-tiba Zulaikha masuk ke dalam kamar Yusuf, mendekatinya dan memgang tangannya

 sambil menutup pintu kamar. Zulaikha merasa gelisah, ketakutan serta tidak membalas 
pandangan mata Yusuf. Dia berpaling ke arah Yusuf, sedangkan Yusuf berusaha menjauhkan
 diri daripadanya.

Zulaikha berkata kepadanya, "Apakah maksud semua ini wahai Yusuf? Janganlah 

engkau menjauhkan dirimu daripadaku sehingga menyebabkan aku binasa kerana merinduimu."

Yusuf diam tanpa memberi apa-apa jawapan. Zulaikha mendekatinya lagi sambil berkata, 

"Aduhai Yusuf, betapa indahnya rambutmu!"

Yusuf menjawab, "Inilah sesuatu yang pertama kali akan berhamburan daripada tubuhku 

selepas aku mati."

"Aduhai Yusuf, betapa indahnya kedua-dua matamu!. Zulaikha terus memujuknya.

 "Kedua-duanya ini adalah benda yang pertama kali akan lepas daripada kepalaku dan 
akan mengalir di muka bumi!." Yusuf berkata lagi.

Zulaikha terus menggodanya, "Betapa tampannya wajahmu yusuf." "Kelak, tanah yang

 akan menghancurkannya," Yusuf membalas.

Kemudian Zulaikha berkata kepada Yusuf, "Tubuhku sudah terbuka kerana ketampanan

 wajahmu." "Syaitan menolongmu melakukannya!" Yusuf berkata lagi. "Yusuf, 
bagaimana harus aku harus mendapatkan apa yang selama ini kudambakan, dan kini aku 
datang kerananya," Zulaikha merayu lagi.

Yusuf membalas, "Ke manakah aku akan lari daripada murka Allah sekiranya aku menderhaka 

kepada-Nya?" Sedarlah Zulaikha bahawa Yusuf benar-benar tidak mahu memnuhi 
apa yang dia inginkan. Dia mendekatinya lagi, bahkan lebih dekat kepadanya dan 
meletakkan badan Yusuf di atas dadanya. Dia berharap Yusuf akan tertarik kepadanya
 dan mahu memenuhi keinginannya. Tetapi, di luar dugaannya, Yusuf menolak malah
 menghindarkan diri daripadanya dan segera berlari hendak keliar dari kamar itu.

Zulaikha tidak mampu berfikir mengapa Yusuf begitu keras mempertahankan kesuciannya 

di hadapan wanita secantik Zulaikha yang sedia melayaninya, bahkan lari menjauhkan
 diri daripadanya. Zulaikha mengejar Yusuf dari belakang bagi mmemaksanya. 
Ketika dia mendekati Yusuf, dipegangnya bahagian belakang baju Yusuf dan ditariknya 
dengan kuat. Dengan rasa marah, Zulaikha melarang Yusuf keluar dari kamar. Akhirnya, 
bahagian belakang baju Yusuf koyak.

Pada masa yang sama, al-Aziz sudah berada di hadapan mereka berdua, bersama-sama 

sepupu Zulaikha. Dengan serta-merta Zulaikha berkata, "Apakah hukuman bagi orang
 yang berbuat jahat kepada isterimu, selain dipenjarakan ataupun dihukum dengan seksaan
 yang pedih?"

Zulaikha bermaksud menyatakan Yusuf cuba melakukan sesuatu yang melampaui batas ke

 atas dirinya. Al-Aziz berasa sangat marah atas apa yang berlaku. Ini kerana dia tidak menduga 
perlakuan itu akan dilakukan oleh Yusuf, seorang anak terlantar yang dibelinya, dipelihara dan
 dikasihaninya seperti kasih sayang seorang ayah kepada puteranya sendiri. Bagaimana
 perkara seperti ini boleh berlaku?

yusuf sedar Zulaikha berdusta dan menuduhnya dengan tuduhan palsu. Zulaikha segera 

berkata kepada al-Aziz, "Dia menggodaku supaya menyerahkan dirikiu kepadanya".

Ternyata Allah mahu Yusuf bebas daripada tuduhan wanita itu, anak salah seorang ahli 

keluarga Zulaikha ketika itu datang ke istana tiba2 berkata, "Sekiranya bajunya koyak 
di bahagian depan maka wanita itu berkata benar dan Yusuf termasuk dalam golongan 
org2 yg berdusta. Sekiranya bajunya koyak pada bahagian belakang, wanita itulah yg berdusta.

Mendgr kata2 itu al-Aziz segera menghampiri Yusuf dan memeriksa bajunya, dan mendapati

 baju Yusuf koyak di bahagian belakang akibat ditarik oleh Zulaikha, mengertilah al-Aziz 
bhw isterinya itu berlaku khianat kepadanya dan Yusuf bersih daripada tuduhan. Kemudian
 dia berkata, "Sungguh, inilah tipu muslihatmu. Sungguh dahsyat tipu muslihatmu".

Al-Aziz memandang Yusuf sambil berkata, "Wahai Yusuf, pergilah dari sini".

Tujuannya ialah supaya Yusuf tidak menghebahkan perkara aib ini. Kepada isterinya dia

 berkata, "Dan kamu, wahai isteriku mohon ampunlah atas dosamu itu, krn sesungguhnya
 kamu termasuk dalam golongan org yang berbuat salah".

"Celakalah kamu Yusuf!" Zulaikha berkata dgn nada marah krn Yusuf menolak kecantikan

 dan kebesarannya.

"Tidak! Aku tidak akan membiarkanmu, Yusuf. Aku akan mencari jalan lain utk mendapatkanmu, 

memperdayakanmu, sehingga engkau memenuhi apa yg aku kehendaki..".

Hari2 berlalu, al-Aziz yg kalah dlm mengadili kejadian aib itu berusaha memujuk Zulaikha 

supaya menghadapi kenyataan, sementara isterinya membantahnya. Dia tahu setiap
 kali dia menampakkan kebenciannya kpd al-Aziz, suaminya itu akan benar2 berusaha 
mendekati dan memujuknya krn dia sgt mencintai Zulaikha.

Yusuf sendiri akhirnya berdiam diri sepanjang hari di dalam kamarnya krn peristiwa yg

 memalukan itu. Dia hanya keluar apabila ada urusan penting yg ditugaskan oleh tuannya al-Aziz.

Hari2 yg dilalui menghantui Zulaikha. Dia sentiasa menanti peluang utk kembali menjalankan

 tipu dayanya terhadap Yusuf, kerana apa yg berlaku itu semakin menambah cintanya dan
 keinginnay utk menjalinkan hubungan dgn Yusuf, meskipun secara terang2an dia mendustakan 
Yusuf di hadapan suaminya bagi menghilangkan keraguan suaminya terhadap dirinya.

Hari demi hari dilalui oleh Zulaikha terasa amat lambat berlalu. Di kota, beberapa peristiwa

 yg tidak terduga terjadi. Wanita-wanita di Mesir pada ketika itu sentiasa berbicara tentang 
peristiwa aib yg berlaku. Sungguh menghairankan bagaimana boleh tersebar hingga ke kota, 
pada hal semua pihak di istana al-Aziz telah berusaha merahsiakannya. Mungkin cerita itu
 disebarkan oleh pelayan lelaki atau pelayan wanita istana yg ada hubungan keluarga dengan mereka.

Ibu kota Mesir bergema dgn kisah ini. Dalam setiap kelompok wanita tidak ada perkara lain 

yg dibicarakan. Akhirnya berita itu sampai ke telinga Zulaikha. Sudah tentu hal ini menimbulkan
 kemarahannya. Namun dia tak dpt menghalang org2 bercerita ttg hal itu. Dia terpaksa
 menerima kenyataan yg pahit itu dgn hati yg pedih, "Betapa perjalanan hidupku seperti 
sepotong roti yg berada di dalam mulut wanita2 kota yg dipenuhi cemuhan dan ejekan",
 keluhnya dalam hati.

Padahal hari2 sebelumnya tiada siapapun yg berani menyebut namaku kecuali dgn 

segala penghormatan dan kemuliaan". sambungnya lagi.

Setelah jiwanya goncang dgn kemarahan Zulaikha menjadi tenang semula, lalu berbicara

 dgn dirinya, "Aku wanita, dan mereka juga wanita. Mereka harus juga terima penghinaan
 sebagaimana penghinaan yg mereka tuhukan kpdku. Sekiranya merekka mempeolok2an 
aku dgn lidah mereka, sesungguhnya olok2ku nanti akan lebih keras ke atas diri mereka..".

Zulaikha menuju ke beranda yg menghadap ke Sungai Nil. Di tepi sungai itu, sementara 

angin lembut menerpa pepohonan bunga yg mengelilingi istana, mengharumi udara 
sekitarnya, dia mulai bermenung dan berfikir.

Tidak lama kemudian wajahnya kelihatan berseri kemudian mulutnya mulai tersenyum. 

Dia sudah menemui suatu cara penyelesaian kpd masalahnya. Ya! Mengapa dia tidak 
menghentikan cemuhan wanita2 itu kpd dirinya dan Yusuf dalam satu pertemuan 
terbuka? Mengapa dia tidak memanggil waita2 itu duduk bercakap2 lalu dia perintahkan
 Yusuf keluar menampakkan dirinya di hadapan mereka? Nanti mereka akan sedar 
mengapa Zulaikha jatuh hati kpd anak angkatnya.

Zulaikha menjemput semua kaum wanita ke istananya utk bergembira. Mereka dipersembahkan 

dgn pelbagai buah2an dan masing2 diberikan pisau sebagai alat untuk memeotongnya.
 Zulaikha ingin melihat apakah yg akan terjadi kepada mereka ketika Yusuf muncul 
secara tiba2 di tengah2 mereka.

Kebanyakan wanita bangsawan di Mesir berasa hairan dengan jemputan isteri al-Aziz itu. 

Mereka menyaksikan suasana berlainan daripada biasa. Ruangan istana dihias indah.
 Mereka yg hadir dipersilakan duduk di atas kerusi yg indah. Di hadapan masing2 terhidang 
sepinggan buah2an serta sebilah pisau pemotong.

Tetamu memandang kepada apa yang ada dalam ruangan istana, masing2 membisu kerana 

tidak berani berbicara dengan jelas. Zulaikha pun membuka acara. Bicaranya hanya
 berkisar kepada buah2an yg terhidang dan aturcara majlis tidak sedikitpun menyentuh 
ttg peristiwa yg berlaku antara dia dan Yusuf. Dia menyatakan bahawa apa yg dilakukan 
kpd mereka ini adalah sebagai kejutan.

Ada di antara tetamu itu menyindir Zulaikha. Dgn cara yg bijak dia bercerita ttg seorg 

perempuan yg jatuh cinta dan mati dalam kesedihan krn lelaki yg meminangnya mati 
dalam peperangan. Pun begitu Zulaikha lebih bijak. Dia mengalihkan perbicaraan 
mereka kpd sesuatu yang lain. Dia berkata kpd Yusuf. "Keluarlah, tunjukkan dirimu kepada mereka".

Yusuf keluar dari tempatnya menuju ke majlis yg dihadiri oleh kaum wanita yg 

menjadi tetamu Zulaikha itu. Betepa terkejutnya mereka apabila melihat ketampanan
 Yusuf. Merek atercengang kehairanan. Tanpa disedari, mereka terpotong jari-jari 
mereka dengan pisau. Mereka fikir mereka sedang memotong buah padahal darah
 yg mengalir dari tangan mereka. Lama-kelamaan mereka sedar apa yg meeka 
lakukan kemudian berkata. : "Maha Besar Allah Ini bukanlah manusia. Dia adalah 
malaikat yang mulia."

Ketika itu wajah Zulaikha berubah krn marah. Dia berkata sambil menunjuk kepada

 Yusuf, "Itulah org yg menyebabkan aku dicela krn tertarik kpdnya. Ssghnya aku 
begitu menginginkannya tetapi dia menolak. sekarang jika dia tidak mengikuti apa
 yg aku perintahkan, dia akan dipenjarakan dan akan menjadi org yg hina".

Yusuf mendgr apa yg dikatakan zulaikha dgn tenang dan tabah. Dia juga tahu keinginan

 setiap wanita yg hadir sama spt keinginan Zulaikha kpdnya. sambil berlindung kpd Allah,
 Yusuf berkata, "Tuhanku! Penjara lebih kusukai daripada memenuhi ajakan mereka kpdku.
 Dan sekiranya Allah tidak hindarkan aku daripada tipu daya mereka pasti aku akan
 tertarik kepada mereka. Dan tentulah aku termasuk org2 yang jahil. Sesungguhnya 
Allah swt akan meneguhkan iman hamba2NYa ug mukmin yg berpegang dgn kebenara
n yg diperintah olehNya.."

Allah swt memperkenankan doa Yusuf, dan Dia melindungi tipu daya mereka.

 Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar, Yang Maha Mengetahui.

Wanita2 itu akhirnya pulang dgn tangan yg berlumuran darah. Akhirnya mereka sedar 

Zulaikha terhalang cintanya kpd Yusuf. Yusuf kemudiannya beredar meninggalkan 
ruangan itu dan Zulaikha puas kerana dapat membalas penghinaan wanita2 tersebut.

tetapi setelah lama berfikir, dia sedar perasaan yg ditanggungnya selama ini adalah 

sesuatu yg berat buatnya. Dia bercakap dgn diri sendiri, "Yusuf menghindarkan dirinya 
kpdku sebanyak dua kali; sekali di kamarnya dan sekali di hadapan wanita2 kota. 
Sesungguhnya wanita2 kota itu juga mencintai Yusuf sama seperti diriku, tetapi semuanya 
tidak memperoleh sesuatu daripadanya. Ancamanku kpdnya pun tidak ditakuti. Celakalah
 engkau meskipun aku mencintaimu".

Zulaikha pergi menemui suaminya kemudian suaminya bertanya ttg jamuan yg diadakan.

 Zulaikha memberitahu bhw jamuan itu menmbahkan keburukan kpdnya.

"Bagaimana hal itu boleh terjadi?" Tanya al-Aziz.

"Sekiranya Yusuf tidak disembunyikan daripada istana dan kota, dia akan selalu

 berbicara mengenai apa yg memburukan akau.." Zulaikha menjawab.

Al-Aziz mendekati isterinya sambil berkata, "Bagaimana engkau boleh merelakan sesuatu yg 

memburukkanmu?"

Tubuh Zulaikha gementar. Kemudian dia berkata, "Kalau begitu penjarakan Yusuf,

 sehingga semua org melupakannya".

Al-Aziz menyetujui cadangan isterinya itu. Tidak lama kemudian, beberapa org pengawal 

istana mebawa Yusuf ke penjara. Tatkala Yusuf keluar dari pintu istana, Zulaikha berdiri 
di belakang jendela kamarnya sambil memandang ke arah Yusuf. Dia merasakan seolah2 
sebahagian daripada hatinya tercabut, meskipun dia yang mendesak suaminya supaya
 memenjarakan Yusuf.

Saban hari, kesedihan mewarnai wajah Zulaikha. Suaminya hanya boleh melihat dengan 

sikap diam dan tak boleh berbuat apa2. Wanita itu bertanya kepada dirinya sendiri, 
"Salahkah aku ketika aku menyuruh al-Aziz memasukkan Yusuf ke dalam penjara?
 Ya, kuharamkan diriku daripada melihat Yusuf.."

Sekali lagi dia berfikir dalam kegelisahannya, "Tetapi, apakah aku bersalah dalam urusan itu?"

Dia menyalahkan dirinya sendiri untuk melepaskan diri daripada azab, seperti seorang

 dermawan yang haus, tetapi tidak sanggup mencedok air yang dipikul di bahunya 
sendiri. Hari demi hari, bulan demi bulan dan tahun demi tahun berlalu tanpa sunyi 
daripada cerita Zulaikha dgn Yusuf.

Pada suatu hari utusan raja datang, memerintahkan Zulaikha supaya datang ke istana. 

Zulaikha sangat hairan sebab perkara sperti itu belum pernah terjadi sebelumnya. 
Dia bertanya kpd suaminya apa yg menyebabkan dia dipanggil ke istana. Al-Aziz
 menjawab, "Mungkin ada urusan dgn Yusuf". Mendengar nama itu hilang sgl
 dugaan, tetapi benarkah raja mahu berbicara dengannya mengenai Yusuf?

Dgn pelbagai pertanyaan bersarang di benaknya, Zulaikha pergi ke istana. Dia mendapati 

wanita2 yg sudah terpotong tanggannya ada di sana semuanya menghadap Raja 
Mesir. Baginda memandang kpd semua wanita itu dan bertanya satu persatu, 
"bagiamanakah keadaan kamu ketika menggoda Yusuf supaya menuruti kehendakmu?"

Mereka menjawab serentak, "Kami dapati tidak ada satupun keburukan yang ada padanya"

Tiba2 tanpa diminta oleh raja, Zulaikha berbicara. Dia merasakan sudah tiba 

masanya utk berterus terang, supaya beban dosa yg ditanggungnya kesan daripada 
perbuatannya terhadap Yusuf
 hilang. Di hadapan wanita2 dan raja Zulaikha berkata, "Sekarang jelaslah kebenaran 
itu. Akulah yg menggodanya supaya tunduk kepadaku dan sesungguhnya dia termasuk
 golongan org2 yg benar".

Yusuf berkata, "Yang demikian itu supaya al-Aziz mengetahui apa yg sesungguhnya aku

 tidak khianat kepadanya di belakangnya, dan bahawasanya Allah tidak akan merelakan 
tipu daya manusia yg khianat. Aku tidak membebaskan diriku daripada kesalahan krn 
sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yg 
diberikan rahmat oleh Tuhanku. sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, Maha Penyayang".

..........................................................................................................................................................................

Terdapat perbezaan pendapat mengenai kehidupan Zulaikha selanjutnya. Sebahagian 

org berpendapat sejak itu Zulaikha hidup dalam kesedihan dan putus asa krn ingatannya
 kpd Yusuf. Sebahagian yg lain pula berpendapat Zulaikha akhirnya berpindah ke 
suatu tempat yg jauh yg berutanya tidak diketahui sama sekali. Yang jelas kehidupan 
Zulaikha terganggu krn cintanya kpd Yusuf.

Namun ada yg mengisahkan selepas peristiwa itu Zulaikha bertaubat kpd Allah swt.

 Ketika Yusuf diutus menjadi rasul dan menjadi penguasa menggantikan al-Aziz 
baginda bertemu dgn Zulaikha yg ketika itu sudah tua. akhinya Allah swt 
menjadikan Zulaikha muda remaja dan dikahwinkan dgn Nabi Yusuf. Zulaikha 
akhirnya menjadi wanita solehah yg sentiasa beramal kpd Allah swt.


KISAH NABI YUSUF AS DAN ZULAIKHA INI BOLEH DIRUJUK DAAM AL-QURAN

 SURAH YUSUF 12-: 21 HINGGA 53)

Kisah ini dapat dibaca daripada buku 'Bunga Kebahagiaan' terbutan Anbakri Publika Sdn Bhd.

1 comment: