14 March 2013

Mengumpul Pahala Menambah Dosa?

alt
"Sambil menyelam, sambil minum air." 
Itu pepatah melayu. Merujuk kepada dua pekerjaan yang dilakukan pada masa yang sama.
Kita bertuah seandainya kedua-dua pekerjaan itu mendatangkan keuntungan yang lumayan kepada diri. Namun, celakalah diri kiranya salah satu amalan itu turut menempah keburukan.
Rata-rata dari kita punya niat yang tulus, suci dan murni untuk berbuat baik. Tidak dinafikan, kesedaran terhadap nilai-nilai agama makin meningkat dalam kalangan kita... alhamdulillah.
Mengumpul Pahala Sambil Menambah Dosa.
Saya yakin setiap dari kita pernah mendengar pepatah 'matlamat tidak
menghalalkan cara.'
Kita punya matlamat dan niat yang betul. Tidak ada yang tidak kena dengan niat itu. Niatnya ingin menegur silap si sahabat, niatnya hendak menunjukkan teladan yang terbaik, niatnya mahu berkongsi ilmu, niatnya mahu membawa seseorang ke arah kebaikan. Macam-macam lagi niat suci yang kita miliki.
Lalu, langkah dibawa. Diri mula merangka strategi bagi memastikan niat terlaksana. Jeng jeng jeng... kerana dari niat munculnya matlamat.
Tapi tidak dinafikan kadang-kadang kita tersilap membawa langkah. Tersilap mencatur strategi. Ada yang berniat menegur perangai sahabat yang dirasakan kurang elok, tapi tegurannya dibawa dengan penuh tidak berhikmah.
Saya bagi beberapa situasi.
Situasi Pertama
Suatu pagi nan indah, si A berjalan-jalan di sebuah 'shopping complex', sambil-sambil window shopping dan door shopping sekali.. lalu, jalan punya jalan, terlihat lah si A dan seorang temannya, si B.
Opss, ada minah la sebelah si B. Amboi-amboi siap cuit-cuit lagi. Mesra amat!!
"Tak boleh jadi ni, kemungkaran harus dicegah.." hati si A berbisik halus. Lalu,
" Oii, B! Apa pegang-pegang ni, kau tahu tak berdosa besar sentuh perempuan kalau belum kawin??! Maksiat ni kau tahu tak??!" Ditengkingnya si B di hadapan khalayak ramai. Semua di sekeliling membatu menyaksikan kejadian teriak meneriak tersebut.
Si B tercegangang...
"Bermesra dengan adik pun tak boleh ke??" ~

Situasi Kedua
"Sahaja aku mencintai makweku kerana Allah."
Setiap hari, bangun sahaja dari tidur, si Fulan memperbaharui niatnya. Aku berpacaran kerana Allah. Cinta aku pada si Fulanah semata-mata kerana Allah. Aku nak bimbing dia jadi wanita solehah!" detik si Fulan di dalam hati.
Besar niatnya bukan?
Lalu, pukul 4 pagi setiap hari satu mesej dihantar pada si Fulanah..
"Assalamualaikum ya ukhti, jom kita bangun tahajud. Sama-sama raih redha-Nya. Bangun ye..."
Tidak cukup dengan itu, kekadang diajakya untuk sama-sama menunaikan solat Dhuha.
Tak cukup lagi?
Dihantarnya mesej-mesej versi Islamik dan tazkirah kepada si Fulanah tiap-tiap hari. Tak main la mesej-mesej kosong ni. Berdosa!
Adakala keluar bersama.. opss, bukan berdua. Kena bertiga, lebih pun tidak mengapa asal jangan berdua, kata si Fulan. Biasanya adik si Fulan jadi orang ketiga, kadang-kadang rakan sebaya ikut serta.. begitulah.
Situasi Ketiga
"Exam tinggal 3 minggu lagi ni. Apa kata kita buat 'study group'?" tutur seorang pemuda kepada seorang pemudi.
"Ok, boleh je. Ada siapa-siapa lagi ke nak join, ke kita berdua je?" tanya si pemudi.
"Em, aku dah tanya yang lain, mereka cakap mereka tak dapat ikut. Semua duduk jauh-jauh, biasa la tu, susah nak 'commit.'"
"Tapi tak apa ke kita berdua je?"
"Ala, kita bukan buat apa pun. Setakat stadi je, bukan kerja sia-sia kita buat. Kau jangan risau, kita belajar la kat pondok depan masjid kampung kita tu."
"Ok, set!"
Situasi Keempat
Fenomena gadis bertudung tapi terdedah aurat lainnya makin menjadi-jadi. Ditambah pula dengan kemunculan fesyen yang pelbagai. Kononnya dilabel dengan nama fesyen muslimah.
Si D berasa gerun dengan fenomena yang makin menular di kalangan teman-temannya. Buka Facebook, macam-macam fesyen yang dipaparkan. Atas rapi tertutup, tapi dada jelas ditayangkan .Baju pula ketat hingga tampak segala susuk tubuh. Ishh,apa nak jadi??
Lalu dia bertekad, "Aku mesti buat sesuatu!"
Si D lantas mencapai jubah dan tudung ala-ala turki, digayakannya dengan penuh sopan. Secalit mekap dioles ke kulit wajah. Maka 24 kali cermin ditilik ke seluruh badan. 'Perfect!' Aurat tertutup. Jubah longgar, tidak jarang, tidak tabaruj (menunjuk-nunjuk) sangat, dada pun dah ditutup. Tiada yang kurang.
Snap! Snap! Gambar jarak dekat ditangkap, jelas terpapar segala tahi lalat di muka. Posingnya persis seorang model. Kalah Nasha Aziz. I swear!!
Langkah seterusnya? Upload photo tersebut dalam Facebook, dan di tagnya teman-teman lain, lelaki dan perempuan semua di tagged.
Seungkap description mengenai gambar tersebut ditulis,
"Ayuh teman-teman, berpakaianlah mengikut syariat." =)
Cantik tak saya?

Kesimpulan
Dalam zaman millenium ni, saya yakin majoriti masyarakat kita ke arah masyarakat yang madani dan berilmu. Sudah cukup bijak untuk menafsirkan maksud tulisan ini. Masing-masing punya akal untuk menentukan mana yang baik, mana yang buruk. Mana yang mengundang dosa dan mana yang menjemput pahala.
Cuma, adakalanya apabila kita sudah terbiasa dengan apa yang kita terbuat, mata hati sudah tertutup untuk menilai balik baik buruk perlakuan diri sendiri. Waktu ini, sememangnya nafsu sudah berjaya menguasai diri sendiri, hinggakan mata hati seakan tidak berupaya menunjukkan jalan yang betul.
"Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga)"
(Surah ali-Imran ayat 4)
Justeru marilah sama-sama kita  menilai kembali amalan kita. Jangan diundang dosa bersama pahala. Kerana takut nantinya pahala itu yang dikalahkan oleh dosa. Kita ingin mengumpul dosa, rupanya dalam masa yang sama dosa juga bertambah lantaran perlaksanaannya yang tidak mengikut jalan yang sebenar-benarnya (jalan syariat dan redha-Nya).
sekadar kongsian..

Biodata Penulis

Nornajihah Mustafa merupakan seorang mahasiswa/i yang menuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam jurusan sains. Gemar menulis untuk berkongsi rasa dihttp://aifelsalami-ibrah.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment