28 September 2015

Berdating dengan Bakal mertua

Kata orang nak tawan hati anak dia, kena tawan hati kedua ibu bapanya dulu.
Image result for bakal mertua
Pertemuan dengan bakal mertua ini sememangnya penting dan amat mendebarkan, lebih-lebih lagi jika ia adalah merupakan pertemuan kali yang pertama. Seperti yang orang jawa selalu kata.. "first impression is important", eh orang jawa kata ke?.. Tak kisahlah.. yang penting inilah masa yang agak genting untuk menentukan sama ada anda akan di sayangi ataupun kurang disenangi oleh bakal mertua anda. Jika kali pertama berjumpa pun bakal mertua anda sudah kurang senang dengan diri anda, pastinya, perjalanan anda untuk hidup bersama dengan anak mereka akan menjadi sedikit sukar. Jadi, Seeloknya,
persiapkan diri dengan beberapa tips yang harus diambil kira bagi meredakan kebimbangan yang bakal dihadapi ketika bertemu dengan bakal mertua. 
kajian sikit tentang tips jumpa bakal mak mertua ni

1. Be yourself

Yeah be ourselves.  Memang la nervous cuaks gelabah terlebih kan bila fikir nak buat macam mana bila kat depan bakal mak mertua, nak sopan terlebih ke, nak sempoi sempoi aje ke, nak gelak tutup mulut ke, nak cakap perlahan perlahan ke, nak tepuk tampar dengan lemah gemalai ke, nak guna intonasi suara yang merdu bak Siti Nurhaliza ke, nak makan dengan lemah lembut ke. Fuhhh banyak betul persoalan kan ? Jawapannya ialah.. Tak perlu fikir apa, just be yourself. Be myself. Be ourselves. That's better and most preffered one by the others :D


2. Tunjuk skills

Okay skill. Bahasa Melayunya kemahiran. Tak kisah la kemahiran apa apa pun. Cumanya kalau perempuan nak jumpa bakal mak mertua , biasanya yang diperkatakan ialah  ilmu tentang memasak la kan? Ilmu memasak ni kena ada jugak lah pada perempuan yang nak jumpa ni kan. Lagi-lagi kalau bakal mak mertua kita tu cerewet orangnya kalau bab bab memasak ni. Pergh nauzubillah lahai. Sbb saya bukan reti sangat masakk pun haha. Tapi tak smestinya skill memasak je boleh tunjuk kat bakal mak mertua, skill mengaji Al-Quran dengan baik, skill mengurut, skill mengemas rumah, skill pandai membuat lawak dan sebagainyaaa pun boleh ditunjukkan kpd bakal mak mertua.


3. Go with the flow

The most important dan paling digeruni ialah topik apa yang perlu dibincangkan dan pertanyaan apa yang perlu disoal kepada bakal mak mertua semasa perjumpaan tersebut. Kan kann? *ya! ' senyap je dan banyak senyum'. Hahaha. Tapi sebenarnya tengok keadaan la macam mana. Kalau bakal mak mertua kita ramah, kita pun apa lagi kena ramahkan diri juga la. Kalau bakal mak mertua pendiam, kenalah pandai2...Lumrah bagi setiap pasangan akan berasa malu apabila kali pertama berjumpa dengan bakal mertua. Seeloknya buang lah perasan malu dan cuba bermesra dengan bakal mertua atau ahli keluarga yang lain. Ringankan mulut untuk bertanya khabar, dan wujudkan perbualan antara kedua dua belah pihak. Sebolehnya, elakkan bermain telefon bimbit ketika bersama bakal mertua kerana ini boleh mendatangkan perasaan tidak selesa daripada bakal mertua. Tetapi ingat, tutur kata yang sopan juga perlu dijaga untuk mengambil hati si mertua.

4. Buat research

Ni mesti semua dah tahu. kot. Sebelum kita nak jumpa bakal mak mertua, kita kena la tanya pada anaknya  apa yang maknya suka, apa yang maknya tak suka, apa hobi maknya, apa makanan kesukaan maknya dan sebagainya. Haaa kena pandai korek le hehe. Lepas dah buat research kena gam kuat kuat di kepala mu itu hehe. So that nanti jumpa boleh lah dibuat topik perbualan dengan bakal mak mertua kita dan takdelah krik krik krok krokk lapar haha.


jangan jadi macam ni..




share from sayidahnapisah

No comments:

Post a Comment